Tuesday, August 7, 2012

Emily and Adha video

This was not initially in the package but I often include a short video clip as a wedding gift to my clients. It pleases me that they enjoy this short video as much as I enjoyed making it.


Friday, May 11, 2012

Solemnation: Faizal & Ija

Foto-foto ini dirakam menggunakan lensa 50mm tanpa bantuan cahaya flash. Saya turut membawa satu lagi kamera yang dipasang dengan flash dan lensa wide-angle untuk perspektif berbeza namun kegemaran saya untuk majlis akad nikah ialah teknik available light.














Sepanjang majlis akad nikah, sejumlah 93 foto diserahkan kepada pengantin.















Sunday, October 2, 2011

Solemnation: Mas Wynna Wati

Memilih jurufoto perkahwinan anda tidak semestinya perkara yang mudah keran untuk bebanyakan orang ini adalah kali pertama menggunakan perkhidmatan tersebut. Apa yang boleh memudahkan proses pemilihan ialah dengan melihat sejauh mana jurufoto yang kita pilih boleh memberikan hasil seperti yang kita harapkan.

1. Budget. Kebiasaannya jurufoto yang berpengalaman mengenakan kadar yang agak tinggi, berpada dengan kemahiran beliau. Siapkan budget yang wajar-tidak terlalu mahal sehingga perkara yang lebih penting terabai dan tidak terlalu murah hingga apa yang anda mampu hanyalah jurufoto yang kurang mahir. Lazimnya letakkan antara 10%-15% budget keseluruhan perkahwinan, bergantung juga kepada pekej album yang diinginkan.

2. Kemahiran teknikan jurufoto. Lihat pada portfolio beliau sama ada foto tersebut seperti rakaman professional atau lebih mirip snapshot tetamu. Jurufoto yang mahir menghasilkan foto yang cukup sifat dari segi kawalan cahaya, komposisi, olahan warna dan ketajaman foto.

3. Gaya rakaman. Jurufoto perkahwinan bukan setakat merakam foto tetapi juga ada pengarah seni untuk rakaman perkahwinan anda. Sentuhan seni beliau adalah unik. Anda boleh melihat ciri-ciri sentuhan seni jurufoto dengan melihat portfolio beliau- ada yang suka ambil gambar candid, hitam putih, ekspresi emosi, gambar "action moment" dan macam-macam lagi.

Foto di ruangan ini adalah upacara akad nikah yang mana berlangsung di rumah pengantin perempuan. Saya banyak menekankan shot emosi dalam job seperti ini.